Saturday, June 12, 2010

1 2 3 4.. tiga.. setianya ayah..

blog dear,

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

sekali lagi ambo mulakan n3 dengan lagu. lagu tu nyanyian Aris Ariwatan. children ambo cukup suka dengan lagu tu termasuklah my princess yang kecik sekali. ambo pun menggalakkan depa dengar lagu tu. banyak pengajarannya.

satu... dah banyak ustaz-ustaz mengajar kat surau or madrasah, so ambo tak payah ulas.

dua... pun sama, orang kata syurga dibawah tapak kaki ibu. dah banyak maklumat n info yang kita dengar pasal tu.

tiga.. yang ni ambo nak ulas sikit, sebab ambo sendiri pun seorang ayah. dan tidak ramai orang memperkatakan tentang kasih seorang ayah. thanx aris ariwatan sebab sebut juga pasal kasih ayah dalam lagu tu.

ayah atau abah atau papa atau abi atau apa2 je panggilan yang merujuk kepada seorang bapa. seorang bapa adalah seorangyang bertanggungjawab sebagai ketua keluarga, melindungi keluarga dan bread provider untuk keluarga, tu yang ambo paham la. ambo sebagai seorang bapa akan buat apa saja yang termampu untuk kebahagiaan keluarga ambo. even ambo terpaksa berkorban jiwa dan raga sekalipun, my children come first. dan ambo percaya, pendapat ni dikongsi oleh semua bapa.

kalau difikirkan balik, pengorbana bapa kita sendiri pun sama. diorang rela bersusah payah demi kita. demi kita dan cita2 kita. bapa ambo dah dua tahun takde, so agak terkilan la jugak nak bercakap soal ni sebenarnya.

bagi ambo sendiri setiap pengorbanan yang ambo buat untuk my children, ambo tidak mengharapkan balasan sedikit pun di masa akan datang. in fact ambo pernah bagitahu mama diorang, ambo rela tinggal di rumah orang2 tua besok (harap2 nya tak..) asalkan anak2 ambo dapat menggapai cita2 diorang dan mendapat kebahagiaan yang diorang cari. ambo rela berhutang keliling pinggang, rela bawa kereta yang selalu rosak, rela tinggalkan hobi yang menjadi minat sejak kecil lagi demi membesarkan my children. demi untuk meluangkan masa berharga bersama diorang, so diorang tahu, watever yang diorang buat, they will always get my support morally and physically.

seorang ayah memang sangup tak makan sekiranya dia tidak mampu menyediakan perkara asas untuk anak2 dia cam susu dan pampers. trust me, i've gone through that stage before. tidak makan tengahari dan tidak beli rokok (hisap jugak tapi mintak dengan kekawan la..) kerana duit yang ada cukup2 untuk pampers n susu anak jer. segala pengorbanan ini adalah untuk their future, sedikit pun tidak rasa menyesal dan sedikit pun tidak mengharapkan balasan.

so my three children, please do so for my grandchildren later on.

SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapak-bapak..

p/s : next n3 i will talk about, empat...kasih dan kekasih.

au revoir..
till we meet again...

No comments:

Post a Comment