Monday, May 31, 2010

hobi, kegemaran, kesukaan atau kegilaan?

blog dearie,

banyak orang, banyak kegemaran. Ramai orang kata apa yang mereka gemar lakukan adalah hobi diorang. is it? ambo pun tak tahu. by literalnya;

hobby = an activity engaged in for pleasure and relaxation during spare time

so, rasanya based on makna tu sendiri orang dah paham apa itu hobi. hobi ni cuma satu aktiviti yang kita buat untuk kita punya pleasure dan relax pada masa lapang.

Ambo sendiri pun ada banyak hobi, mostly involved dengan outdoor activities macam mountain climbing, rock climbing, diving, sky diving, fishing etc.. semua tu ambo buat sekiranya ada masa lapang and sekiranya ada RM lebih. setakat nih boleh dikatakan semua gunung yang tersohor di Malaysia, ambo dah sampai ke puncak.

ramai orang kata kita boleh / perlu mencari masa atau create masa untuk hobi kita. dan ambo sendir pernah ada pegangan macam tu juga dulu. tapi masalahnya, ambo x boleh enjoy the hobby sekiranya ambo ambik masa atau create sendiri masa lapang ambo untuk tujuan hobi ambo. masa naik gunung ke hapa ke fikiran ambo dok pikir pasal kerja. so, whats the point of pursuing that hobby kalau kita nak rehatkan minda pun x bleh. itu dah jadi satu KEGILAAN. and this madness is not good for dan orang sekeliling kita.

ada juga orang kata, kalau nak berhobi, perlu mengeluarkan duit lebih sikit. Is It? perlu ke kita buat semua tu? mungkin pandangan ambo ortodok sikit, tapi bagi ambo kalau takde duit, takyah lah berhobi yang mahal2. dok rumah tidur lagi baik. my idola dalam outdoor activity ni, Richard Branson taukeh Virgin Air, mmg dia hebat dengan aktiviti ourdoor dia. tapi ambo x bleh la nak tiru dia, dia ada banyak duit lebih. ambo x de duit lebih cam dia, if ambo tiru dia maknanya ambo ni GILA and akan menyusahkan semua orang disekeliling ambo. lagi satu fikiran ambo pun tak tenteram bila terlebih spent untuk hobi ni, kesian la orang yang bergantung hidup dengan ambo tu.

ambo cukup kesian kat family orang2 yang kata dia habiskan duit untuk dia punya hobi. contohnya orang yang hobi dia bermotor besar, banyak habis oooo.. upgrade motor la apa la. kalau kita ada duit lebih takpe la juga. ada member ambo tu siap buat OD lagi nk upgrade motor dia. for me, tu adalah kegilaan, otak kita pun makin serabut jadinya bila fikir hal hutang-hutang ni. orang sekeliling kita pun akan terima effect juga. kesian la diorang. ini adalah satu KEGILAAN.

so, kalau nak berHOBI tu biarlah pada masa lapang dengan duit lebih sahaja. kalau lebih-lebih tu bagi ambo adalah satu KEGILAAN.

that's all.

thanx blog.



Sunday, May 30, 2010

Motivasi..

aduhai blog,

Ada dua tiga orang kawan Ambo jadi pakar motivasi. Income dia agak lebat jugak la. ambo pun kadang2 teringin jugak nak jadi pakar motivasi cam diorang.. in fact ambo pun pernah dijemput oleh kawan2 untuk bagi talk berkenaan motivasi. dapat la RM sikit. cakap 2 jam benda2 mengarut boleh bayaran samapai RM1000, kencang beb.

tapi bagi ambo, kebanyakan pakar motivasi tu menipu banyak. ambo kenal diorang sejak kecik lagi, so ambo tau camne kehidupan diorang, ambo tau tingkah laku dan perangai diorang. cakap berdegar2 tapi hampeh. diorang pun x ikut apa yang diorang kata. dat's why ambo rasa ambo tak mahu jadi motivator. ambo tak suka bercakap tak serupa bikin. bila ambo tanya diorang, jawapannya, sape tahu my private life.. adoii... or maybe aku jenis introvert kut, tak suka cakap banyak.

bagi ambo, motivasi akan berkesan hanya bila kita dapat motivasi di awal pagi. masa kita bangun tidur ke atau masa kita nak mula kerja. kalau awal2 kita dapat motivasi, the whole day kita akan dapat buat kerja dgn smooth. kalau awal2 mood kita dah spoil, adoi.. rosak the whole day punya kerja. so, every morning sekarang ni ambo akan dapatkan motivasi pagi ambo dengan cara tersendiri sebelum ambo sentuh kerja.

morale of the story is, find ur own motivation thats suit you.. and get it as early as u can.

adios...

Saturday, May 29, 2010

blog-blog dan blog lagi..

wahai blog ambo,

hari ni bos ambo panggil meeting. banyak hal yang dibincangkan. punya la lama meeting tu, 2 jam setengah.

bila dah habis meeting, sempat lagi bos ambo panggil suruh buat blog untuk jawab isu2 semasa berkaitan dengan tempat kerja ambo. ada ke patut dah ada banyak blog yang ambo baca dah ulas pasal isu berkenaan. tambahan pula blog2 tu ambo yang monitor n ada 2 blog lagi ambo sendiri yang update. isy2 ingat ambo nih a good blogger ke. Ambo mitak maaf tak boleh dedahkan la blog-blog tu.

Nak buat blog ni as easy as ABC, tapi nak maintain and update tu yang takes time. adus.. tapi nak buat camner dah dia BOS.

Wednesday, May 26, 2010

Ambo's Thought...

dear blog,

Kawan baik Ambo kata blog ni adalah satu mutual diary, maknaya satu diari yang boleh dikongsi dengan orang lain. fuhh... pantasnya masa berlalu, masa ambo remaja dulu, diari adalah satu benda yang kita treasure n kita tulis all kita punya private matter. in fact, ada diari masa ambo remaja dulu siap ada kunci lagi.

sekarang ni, diari kita boleh dikongsi.. banyak blog yang ambo baca published dia punya private life dan dia punya private thought (sama dengan ambo sekarang kut). is it necessary untuk publishkan semua tu? ada orang nak baca ke cerita hidup kita? apa yang kita fikirkan?

ada orang kata, dia tulis blog bukan untuk orang ramai baca. untuk kepuasan diri sendiri dan untuk dibaca oleh diri sendiri. for me, tu semua nonsense jer. dalam hati semua orang yang publishkan apa-apa ke web mesti menghrapkan orang access n baca apa yang dia publishkan.


so, maybe ambo akan tulis dalam blog ni semua yang ambo fikirkan.. tapi bukan untuk orang lain baca, tapi untuk kepuasan diri sendiri sahaja...(haha!! wat a nonsense thought..)

ada juga yang jadikan blog untuk menaikkan nama sendiri, contohnya blog2 politik. yang tu ambo tak sokong dan tak halang tapi masalahnya pada masa yang sama dia hentam orang lain yang tak sehaluan dengan dia.. yang tu ambo tak setuju.

adala lebih dahsyat lagi , gunakan blog untuk berperang dengan pihak lain atau blog lain yang tak sebulu dengan they all. bodoh punye kerja, tapi masalahnyo dalam kerja ambo sendiri pun, ambo kena guna blog untuk berperang bagi tujuan gerak saraf. adoi dilemma sungguh.. tapi x pe, blog tuansaharizam ni adalah satu blog yang neutral and ambo takde intention untuk guna blog ni bagi tujuan yang tidak ada faedah macam cyber war dan sebagainya.

geez.. how IT has change our life.. walaupun ambo terlibat dengan bidang IT dah lebih 13 tahun tapi ambo masih x paham apa benda yang berlaku dalam dunia IT hari ni.



Tuesday, May 25, 2010

first entry

dear blog,

ambo sebenarnya x tau pun nak buat blog.
Atau yang lebih tepatnya apa tujuan ambo buat blog nih ambo sendiri pun tak tau. Ambo sekadar nak mencuba tu saja. Kawan-kawan ambo ada blog, ambo pun nak ada jugak arr.