Saturday, June 12, 2010

1 2 3 4.. tiga.. setianya ayah..

blog dear,

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

sekali lagi ambo mulakan n3 dengan lagu. lagu tu nyanyian Aris Ariwatan. children ambo cukup suka dengan lagu tu termasuklah my princess yang kecik sekali. ambo pun menggalakkan depa dengar lagu tu. banyak pengajarannya.

satu... dah banyak ustaz-ustaz mengajar kat surau or madrasah, so ambo tak payah ulas.

dua... pun sama, orang kata syurga dibawah tapak kaki ibu. dah banyak maklumat n info yang kita dengar pasal tu.

tiga.. yang ni ambo nak ulas sikit, sebab ambo sendiri pun seorang ayah. dan tidak ramai orang memperkatakan tentang kasih seorang ayah. thanx aris ariwatan sebab sebut juga pasal kasih ayah dalam lagu tu.

ayah atau abah atau papa atau abi atau apa2 je panggilan yang merujuk kepada seorang bapa. seorang bapa adalah seorangyang bertanggungjawab sebagai ketua keluarga, melindungi keluarga dan bread provider untuk keluarga, tu yang ambo paham la. ambo sebagai seorang bapa akan buat apa saja yang termampu untuk kebahagiaan keluarga ambo. even ambo terpaksa berkorban jiwa dan raga sekalipun, my children come first. dan ambo percaya, pendapat ni dikongsi oleh semua bapa.

kalau difikirkan balik, pengorbana bapa kita sendiri pun sama. diorang rela bersusah payah demi kita. demi kita dan cita2 kita. bapa ambo dah dua tahun takde, so agak terkilan la jugak nak bercakap soal ni sebenarnya.

bagi ambo sendiri setiap pengorbanan yang ambo buat untuk my children, ambo tidak mengharapkan balasan sedikit pun di masa akan datang. in fact ambo pernah bagitahu mama diorang, ambo rela tinggal di rumah orang2 tua besok (harap2 nya tak..) asalkan anak2 ambo dapat menggapai cita2 diorang dan mendapat kebahagiaan yang diorang cari. ambo rela berhutang keliling pinggang, rela bawa kereta yang selalu rosak, rela tinggalkan hobi yang menjadi minat sejak kecil lagi demi membesarkan my children. demi untuk meluangkan masa berharga bersama diorang, so diorang tahu, watever yang diorang buat, they will always get my support morally and physically.

seorang ayah memang sangup tak makan sekiranya dia tidak mampu menyediakan perkara asas untuk anak2 dia cam susu dan pampers. trust me, i've gone through that stage before. tidak makan tengahari dan tidak beli rokok (hisap jugak tapi mintak dengan kekawan la..) kerana duit yang ada cukup2 untuk pampers n susu anak jer. segala pengorbanan ini adalah untuk their future, sedikit pun tidak rasa menyesal dan sedikit pun tidak mengharapkan balasan.

so my three children, please do so for my grandchildren later on.

SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapak-bapak..

p/s : next n3 i will talk about, empat...kasih dan kekasih.

au revoir..
till we meet again...

Monday, June 7, 2010

boss.. satu realiti...

dear blog,

bila ambo jawab telefon atau ambo telefon orang lain, mesti ambo bahasakan diorang 'bos'. contohnya "Helo bos,..." atau "apa cerita bos..." atau sekadar "bosss...". hakikatnya semua orang suka di addresskan sebagai bos, trust me. bila kita panggil diorang bos urusan kita atau perbualan kita akan menjadi mudah. cum those yang ada title datuk ke tan sri ke atau YB ke ambo takde la panggil bos. panggilan ni terjangkit dekat anak ambo yang tengah la pulak, dia siap panggil ambo bos lagi.

anyway, pada hakikatnya bos adalah seorang yang kita hormat dan kita akan laksanakan apa saja arahan dia (walaupun kita tak suka). agama kita pun suruh kita patuh pada pemimpin selagi ia tidak bercanggah dengan agama. sepanjang pengalaman ambo kerja ni (walaupun tak la lama sangat) danh bermacam2 bos yang ambo jumpa. ambo sendiri pun pernah jadi ketua jabatan yang orang regard as a boss.

ambo tak nak ulas panjang berkenaan bos2 ambo tu, takut dia terbaca lak blog ni. mampus aku. of coz bila kita bercakap tentang bos kita, kita akan banyak bercakap tentang keburukan bos dari kebaikan dia, itu lumrah manusia. kita lebih senang ingat keburukan orang dari kebaikan orang. ambo lain sikit kut, ambo jenis orang yang sentiasa bersangka baik (masuk lif tekan sendiri ni).

bos... ada bos yang baik, tidak berapa baik dan tidak baik.

bos yang baik tidak semestinya sentiasa bersikap baik dan rapat dengan kita. bagi ambo, bos yang baik adalah bos yang tahu kerja dia dan tahu apa yang organisasi dia nak capai. walaupun dia arah kita yang buat kerja, dia tahu kerja tu macamana dan dia apa yang kita perlu buat untuk menyempurnakan kerja tu dan juga dia tahu keupayaan kita untuk buat kerja tu. so dat, bila kita buat kerja tu dia tahu apa yang dia expect the result will be. kalau kita stuck in the middle tu dia boleh tolong la kan. maybe bos yang baik bagi ambo, bukan bos yang baik bagi orang lain, ambo nih jenis result oriented orang lain ambo tak tahu la kan. so for ambo, bos jenis result oriented jugak yang terbaik.

bos yang tidak berapa baik... sambung nanti la.. mood dah hilang...

ok.. sambung balik...

bos yang tidak berpa baik ni, ada 3 jenis,
1. bos yang ignorant
2. bos yang autocratic
3. bos yang rigid

bos yang ignorant ni bos yang tak tahu ape2. sebab mmg dia takde knowledge pun pasal kerje dia. kat temapt kerja ambo ada seorang officer yang ingnorant ni. mmg anak buah dia pun sekarang ni buat tak hirau kat dia. ambo la jadi tempat rujukan staff dia.

bos yang autocratic, ni jenis bos yang fikir semua orang kena follow dia jer. walaupun dia tak tahu apa yang dia buat, tapi semua anak buah dia kena follow dia punya decision. kadang2 bila anak buah dia buat keputusan yang betul tapi tak rujuk kat dia, dia akan overrule keputusan tu walaupun dia akan lebih menyusahkan keadaan.

bos yang rigis ataupun tak flexible. lebih kurang autocratic jugak le, tapi yang ni langsung tak terima pendapat orang. bagi dia apa yang dia tahu dan apa yang dia putuskan adalah muktamad. betul, sebagai bos kita kena firm dengan keputusan kita tapi bila ada pendapat orang lain, kita kena pertimbangkan la. mana tahu pendapat tu untuk ke arah kebaikan lagi. yang ni banyak dalam gomen. bagi dia apa yang terkandung dalam GO tu semua perlu ikut tanpa perlu fikir kenapa peraturan itu dibuat dan kesesuaian dengan tempat kerja. kalau tempat kerja ambo sekarang nih nak ikit GO 100% memang akan mengakibatkan huru hara satu negeri. GO dan keputusan bos tu bukan Quran yang tak boleh diubah.

bos yang tidak baik. maksud ambo adalah sebenarnya bos yang jahat. nak guna perkataan jahat nampak keras sangat. so bos nih seboleh-bolehnya akan cuba hancurkan kita. banyak ambo jumpa bos macam ni, terutamanya bila kita lebih sikit dari dia in term of anything la. so dia akan 'memampuskan' kita bila ada peluang. mungkin sebab dia rasa terancam atau memang dah perangai dia camtu.

so bos atau bakal bos ingat kata-kata Sun Tzu nih;

"By Moral Law, I mean that which causes the people to be
in total accord with their ruler, so that they will follow
him in life and unto death without fear for their lives
and undaunted by any peril"

Wednesday, June 2, 2010

Meeting, meeting dan meeting lagi..

dear blog,

semalam seorang kawan baik ambo masuk meeting kt Jabatan dia. dia start meeting pukul 2.30 petang, rehat pukul 4.50 petang untuk solat asar, lepas tu sambung balik pukul 5.10 petang habis pukul 7.15 petang. so total up meeting tu take approx 4 jam. giler sungguh.

kalau ambo la masuk meeting tu.. for sure ambo bangun and sekat meeting tu suruh berenti. ambo nih jenis outspoken sikit kalau pengerusi x mampu buat resolusi dalam meeting, ambo yang buat that resolusi.

ambo sendiri banyok handle meeting myself as a pengerusi or as a secretary of the meeting. ambo bawak banyak jenis pendekatan dalam meeting nih such as;

toyota style;

jenis yang top management toyota guna dalam meeting dia la nih. diorang meeting paling lama pun 45 minit but the meeting is very success and the company is excellent. how they do it? diorang buang semua kerusi dalam bilik meeting diorang, so semua orang meeting berdiri. bila camtu diorang malas nak berdiri lama2 so diorang akan cakap benda yang penting2 jer. there is no lengthy argument. the meeting is strict to the point and very objective. yang paling penting, best decision being made and work can be done objectively. this style of meeting, ambo implement masa awal-awal ambo tubuhkan Pusat Maklumat Negeri, SUK. masa tu time is very constraint and a lot of job to be done. mas tu la juga banyak peraturan kerajaan ambo langgar..haha

casual meeting / virgin air style,

yang ni paling ambo suka. ambo sendiri pun jenis orang yang casual, takde protokol punya type. kalau kat ofis tu ambo x pernah pakai tie n lengan baju mesti berlipat punye lah. anyway, style si Richard Branson ni bila dia meeting dengan top management dia dia mesti buat over dinner table. ambo adapt sikit la cara dia. masa ambo head untuk pusat maklumat dulu, ambo suka buat meeting kat pantry ofis ambo or kat sofa dalam bilik ambo. it is a real meeting w/pun very casual. kita ada agenda, minit and secretary utk catit minit.

masa ambojadi setiausaha majlis daerah dulu pulak ambo suka buat meeting over breakfast table. ambo sampai lambat dekat ofis ambo, so sebelum ambo masuk ofis, ambo akan panggil semua head of dept untuk breakfast. masa breakfast tu la ambo follow up semua kerja. w/pun x de minit tapi catitan untuk ambo buat follow up ada dalam PDA ambo. rasa cara ni lebih effective, sebab masa ni head of dept ambo yang terlibat boleh menyuarakan pendapat freely, tapi ambo control la jugak takut melalut. ambo buat at least 2 kali seminggu. yang parahnya kopek duit aku kena belanja diorang.

military / orthodox style,

stail ni ambo amal sekarang. dalam keadaan pentadbiran pejabat yang agak rushing, semua arahan perlu cepat dan tepat. so bila ambo panggil meeting tu staff ambo dah paham itu adalah sesi memberi arahan. ambo sendiri tak suka tapi terpaksa, tambahan pula staff aku sekarang ni banyak lemak sikit maklumlah diorang orang lama kat ofis ni dan agak rapat dengan sultan sendiri. so ambo terpaksa elak argument. kalau ada banyak argument, kerja langsung x jalan.

walau bagaimanapun, dalam all those meeting, ambo try control supaya tak meleret dan tak lebih dari satu jam setengah. kalau dah sampai lebih dua jam tu, dah meleret2 dah tu. ambo pun tak paham, camner orang boleh meeting sampai 4 jam. kalau ikut kajian pun, orang boleh focus maximum pun 2 jam. kalau lebih dari tu x guna meeting sebab semua korum dah x boleh focus.


so blog, moral of the story is watever style yang kita guna masa meeting pun biarlah effective.

adios..